Thursday 30 June 2011

tentang kucing!!

Hai! untuk ari nie, kita akan ceritakan serba sedikit tentang kehidupan dan habitat kucing yg dh tentu ramai orang Malaysia yang memeliharanya. Sebenarnya mengikut kajian dan fakta, kucing adalah haiwan yg unik sama seperti anjing,monyet mahupon orang utan. CUma cara hidupnya yang tidak menonjol seperti haiwan yg lain kerana kemalasannya. Mungkin ramai yg x tahu cara dan penjagaan memelihara dan kefahaman tentang haiwan ini. So...arinie kite akan berkongsi tips-tips dan mende yang korang tak tau psl kucing. Gerenti xtau pnyer lar.. Kerat jari lar!! Hehehehe!!.. Enjoy..!!

1. Jangan bagi kucing peliharaan korang mkn putih tlor mentah kerana putih tlor mentah mengandungi enzim yg boleh memecahkan vitamin biotin iaitu salah satu keperluan dalam kesihatan seekor kucing.

2. Kucing tertua yg direkodkan setelah fossilnya dijumpai iaitu 12 juta thn terdahulu. Spesis ini telah hidup sekian lama sebenarnya.

3. Ibu kucing sering mengajar anaknya untuk memburu makanan. Dan jika dipelihara sejak kecil oleh kita dan tidak diajar oleh ibunya tentang cara kehidupan sebenar, kucing ini akan hanya menangkap mangsa dan tidak tahu apa untuk dibuat dengan mangsa tersebut.

4. Makanan asl kucing bukanlah ikan. Asal kucing di awalnya adalah di padang pasir. Ia lebih menggemari burung dan serangga. Haiwan ini diajar memakan ikan ketika perang dunia kedua kerana ketika itu daging amat mahal dan setiap kilang telah mengetin bahan makanan murah dan berprotien tinggi untuk makanan haiwan. Disinilah bermulanya mereka memperkenalkan ikan sebagai sumber utama untuk makanan kucing.

5. Kucing juga mempunyai stress jika:
a)Pemelihara mempunyai haiwan peliharaan yg lain.
b)Berpindah ke rumah baru.
c)Aktivi pembinaan berlaku di sekitar rumah.
d)Penukaran pemelihara.
e)Pertukaran makanan.Kucing sanggup makan makanan yg sama setiap hari.

6. Kucing lebih bertindak balas bila dipanggil oleh wanita daripada lelaki. Ini kerana wanita mempunyai suara bernada tinggi dan nyaring drpd lelaki.

7. Jangan memberi bawang sebagai makanan kepada kucing. Slah satu enzim dalam bawang boleh merosakkan hemoglobin dalam sel darah merahnya. Cuba lihat dulu bahan-bahan apa yg diberi pada kucing anda.

8. Bila kucing datang dan menggeselkan badannya di kaki kita, ia adalah untuk menunjukkan kemesraan dan meletakan bau peribadinya ke atas kita.

9. Kucing boleh melihat enam kali ganda lbh dari manusia di dlm gelap kerana ia mempunyai sel refleksi yg menyerap cahaya.

10. Otak kucing memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi kerana lbh 20 pratus daripadanya dari hati akan terus menuju ke otak.

11. Kucing adalah satu-satunya haiwan yg berjalan dan berdiri menggunakan kukunya dan bukan menggunakan tapak kakinya.

12. Kucing sentiasa mencucikan dirinya dengan menjilat badannya. Ini adalah untuk membuang bau-bauan dari pemelihara yang memegangnya.

13. Kucing mempunyai memori yg lbh bagus dari anjing. Setelah membuat kajian di Universiti Michigan,anjing mempunyai memori sekitar 5minit manakala kucing boleh bertahan selama 16jam melebihi monyet dan orang utan.

14. Kucing mempunyai lebih dari seratus bunyi vokal yg berlainan manakala anjing cuma ada 10 saja bunyian vokalnya.

15. Kucing juga mempunyai emosi.

16. Mata kucing mempunyai refleksi yg boleh menyerap cahaya ketika mengambil gambar menggunakan flash,mata kucing tersebut akan menjadi merah.

17. Kucing menggunakan 15 peratus untuk tidur sepanjang hayatnya. Dianggarkan 50 peratus setiap hari untuk tidur dan 35 peratus lagi adalah masa jaga sepanjang hayatnya. 

thank u guys! :D

Saturday 25 June 2011

siri cerita hantu seram-cerita seram tandas pejabat

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!
Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.
Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah. Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat.
Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. “Apa lah nasibku ini” aku mengeluh… Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak. Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku…

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, “Pssssttttt”
Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi. Aku pun menjerit
“Bala, kau ke tu ?”tapi tak ada jawapan.
Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi…
“ Psssssssttttt”
Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu…
Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat
“PSSSSTTTTTT” ……….. diiringi bau wangi yg menusuk hidungku…
Aku terpaku, tidak bergerak seketika… Lepas tu barulah aku pandang ke atas…..
dalam beberapa minit kemudian aku ketawa sendiri..
"CILAKA PUNYA PERFUME DISPENSER" 

Friday 24 June 2011

mamat korea

hari yang di nanti-nanti kan...saat aku berdating dengan mamat yang menghampa kan..
korang nak tahu kenapa sampai menghampa kan aku cerita di macam ni...


pada suatu hari saat aku berjalan-jalan dengan mamat korea ni tiba-tiba mamat tu berkata "wait..can i go to toilet" 
lepas tu aku pun cakap lah "oh..ok sure" lepas dia ke toilet aku pun tunggu di luar toilet tu...dalam kepala aku ni dok terpikir lah cerita kawan-kawan aku pasal mamat-mamat korea ni..ada yang cakap mamat korea ni tak mandi pagi,makan ba alip ye lah..siap ada yang mengata dah kencing tak reti  nak cebok...isshh...betol ke? tengah aku beranggan tiba-tiba mamat korea tu keluar dari toilet sambil megezip seluar dia tak semena-mena  aku pun cakap "STOP!!go wash go wash" dia tengok aku dengan keadaan pelik sambil terangkat bahu seolah-olah tak faham...aku pun masuk ke tandas wanita untuk megambil gayung dan air..setelah aku keluar aku menyuruh dia membersih kan di bahagian tut....dia mengangguk tanda faham dan mamat korea tu pun masuk kedalam tandas sedikit berasa lega tapi kesian pulak kenapa sampai boleh aku buat dia begitu sekali...lagi sekali menunggu dia..setelah beberapa minit ada orang menyapa aku dari belakang..aku terkejut dan menoleh rupa nyer mamat korea tu dengan perasaan yang amat terkejut+malu+blur membuat aku tergamam sekejap...melihat keadaan mamat korea tu mana tak nya habis basah seluar dia di bahagian zip nya aku pun tepuk kepala adoii...mamat tu pun senyum entah faham ke tidak apa yang di maksud kan aku tadi..aku pun tak tahu secara automatik nya aku pun menyuruh dia tunggu sekejap dan memberi alasan untuk pergi ketandas..setelah dia leka menuggu aku..aku pun cabut dari tempat tu ikot PINTU keluar...pegalaman-pegalaman adoiii.....apa lah nasib..